5 SEBAB MENGAPA ANDA HARUS AMBIL KOLAGEN HARI INI!

Kolagen terkenal dengan manfaatnya terhadap kesihatan, terutamanya kulit. Ketahui mengapa kita perlu mengekalkan tahap kolagen optimum dalam badan dan kenapa kita perlu bermula hari ini!

fulminan-2336699_960_720

1) KOLAGEN ADALAH BAHAN UTAMA UNTUK KULIT YANG LEBIH TEGANG

30% protein dalam badan kita adalah kolagen. Ia memegang semua sel kulit bersama, mengekalkan keanjalan kulit dan memastikan ikatan bahagian dalaman dan luaran kulit tetap kuat. Pendedahan kepada pelbagai faktor termasuk umur boleh menyebabkan kulit anda secara beransur-ansur hilang keanjalan dan ketegangan.
Tambahkan suplemen kolagen ke dalam rejim suplemen harian anda supaya anda boleh mengatakan tidak kepada kulit kendur dan berkedut![1]

2) KOLAGEN MENYOKONG KESIHATAN SENDI

Disebabkan kolagen membentuk blok bangunan asas sendi, ia memainkan peranan penting untuk menyokong kekuatan [2], fleksibiliti dan pergerakan sendi. Ia kaya dengan asid amino untuk memberikan sokongan dan keanjalan kepada tisu penghubung seperti tulang rawan, tulang, tendon dan ligamen untuk menyokong gaya hidup aktif anda.

girl-3141766_960_720.jpg

3) KATAKAN YA KEPADA RAMBUT DAN KUKU SIHAT

Rambut dan kuku kita memerlukan kolagen untuk kekuatan dan keanjalan. Dengan mempunyai gudang penyimpanan kolagen yang mencukupi, ia menyokong penyerapan nutrien pada kulit kepala dan membina semula struktur asas kuku, supaya mereka tumbuh sihat, memberikan anda rambut berkilat dan kuku yang kuat.

4) PENGHASILAN KOLAGEN BERKURANGAN SETIAP TAHUN. OH TIDAK!!

Menurut Pembantu Profesor dermatologi di University Of Pittsburgh dan Pengarah Pembedahan Kosmetik dan Pusat Kesihatan Kulit, selepas umur 20 tahun, badan anda menghasilkan kurang 1% kolagen berbanding tahun sebelumnya [3,4]. Pengurangan ini membawa kepada garis halus, kedutan, dan kulit yang kering serta kusam. Ini tidak sepatutnya menghalang anda daripada kelihatan dan berasa lebih muda tahun demi tahun, jadi mula ambil kolagen sekarang!

smartphone-1987212_960_720

5) KOLAGEN KITA ROSAK SETIAP HARI

Pencemaran alam sekitar, bahan kimia berbahaya dan sinar UV menghasilkan radikal bebas di bawah kulit anda, menyebabkan kerosakan termasuk kolagen. Pendedahan berterusan kepada faktor ini dalam jangka masa panjang boleh mengakibatkan tahap kolagen menjadi rendah, menyebabkan penuaan pramatang. Walaupun anda tidak boleh mengelakkan diri dari pencemaran ini dan sinar UV, anda boleh mengekalkan tahap optimum kolagen untuk kulit yang sihat, muda melalui pengambilan harian kolagen.

Dapatkan kolagen Shaklee hari ini. Promosi beli kombinasi set ini masih lagi berlangsung sampai 28 Februari 2018 sahaja. Dapatkan diskaun 10% sahaja sekarang. Jangan missed out ok?

– 4 x Collagen Powder
– 1 x Sustained Release Vita-C Plus™

Sementara stock masih ada.

Whatsapp: http://girllyen.wasap.my sekarang.

201802_Promotion_YouthfulSet_EN

Rujukan:

[1] Asserin, J., Elian Lati, Toshiaki Shioya, Janne Prawitt. The effect of oral collagen peptide supplementation on skin moisture and the dermal collagen network: evidence from an ex vivo model and randomized, placebo-controlled clinical trials. Journal of Cosmetic Dermatology, 14, 291—301.

[2] O. Bruyère, B. Zegels, L. Leonori, V. Rabenda, A. Janssen, C. Bourges, J.-Y. 2012. Effect of collagen hydrolysate in articular pain: A 6-month randomized, double-blind, placebo controlled study. Complementary Therapies in Medicine, Volume 20, Issue 3, Pages 124-130.

[3] Why does skin wrinkle with age? What is the best way to slow or prevent this process?. The Science. Scientific American. https://www.scientificamerican.com/article/why-does-skin-wrinkle-wit/

[4] Varani, J., Dame, M. K., Rittie, L., Fligiel, S. E. G., Kang, S., Fisher, G. J., & Voorhees, J. J. (2006). Decreased Collagen Production in Chronologically Aged Skin�: Roles of Age-Dependent Alteration in Fibroblast Function and Defective Mechanical Stimulation. The American Journal of Pathology, 168(6), 1861–1868. http://doi.org/10.2353/ajpath.2006.051302

Advertisements

About Girllyen

I started blogging since the year 2005. For fun and a place where I could express or let go my act of anger in different form of violence. Well, I'm not good at bad thing though. I found that life has it own purpose, so I go serious on photography by managing a few events, create a great team and enjoying our artsy stuff. Come to Social Media era where smartphones control over the civilization, blogging seems to be one of the ancient days of the internet days. Thanks to Google, we still enjoy doing it and here I am talking about Life, Art and Healthy Living. Not to forget about the joy of travelling and how to earn a living by spreading the goodness of being healthy. Hope you have a very fruitful blog walk here and thank you so much for keep inspiring and supporting my blog. Hugs & Love, Girllyen Marcie

5 Responses

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s