#DiariDetoxGirllyen – Day 2

Masuk hari kedua #DiariDetoxGirllyen. Hari kedua biasanya sangat mencabar, sebab nafsu makan daging atau ikan macam dihujung lidah. Kalau tidak kuat iman, boleh terjunam jatuh juga. Syukurlah bertahan sampai hari ini. Oleh kerana ada penurunan berat, saya gagahkan diri untuk tempuhi hari kedua dengan penuh sabar.

Untuk hari kedua, semua menu makanan adalah SUP. Sup detoks memerlukan campuran kandungan yang paling sihat sebanyak mungkin didalam satu mangkuk untuk membuang segala lemak.

SARAPAN SUP SAYUR
Minyak Zaitun & Secubit garam/sos soya 1 sudu makan
Sup sayuran berdaun dan tidak berdaun
(lobak, timun, bendi, daun salad, kobis, bayam, roket salad)
1 mangkuk
Alfalfa Complex 5 tablet
DTX Complex 3 tablet
Vivix 1 sudu teh
MAKAN TENGAH HARI SUP SAYUR
Minyak Zaitun & Secubit garam/sos soya 1 sudu teh
Sup sayuran berdaun dan tidak berdaun 2 mangkuk
Peppermint Ginger Plus 3 tablet
Buah bersaiz sederhana 1 biji
MAKAN MALAM SUP SAYUR
Minyak Zaitun & Secubit garam/sos soya 1 sudu teh
Sup sayuran berdaun dan tidak berdaun 2 mangkuk
Buah bersaiz sederhana 1 biji
Sebelum tidur
Herb-Lax (for occasional use) 4 tablet
Alfalfa Complex 5 tablet
SNEK* Minyak Zaitun & Secubit garam/sos soya 1 sudu teh
Sup sayuran berdaun dan tidak berdaun 1 mangkuk
Buah bersaiz sederhana 1 biji

* Anda boleh mengambil snek diantara setiap waktu makan yang utama.

Ini pula makanan saya untuk hari ini. Air 3 liter jangan kurang ya?

KESAN POSITIF DETOKS
Tubuh kita sering terdedah kepada toksin yang datang berpunca daripada persekitaran dalam aktiviti seharian kita, pemakanan yang bernutrisi rendah, dan juga tekanan dari gaya hidup kita sendiri. Pendedahan yang kerap boleh mengakibatkan kebolehan semula jadi tubuh kita menyingkirkan toksik terganggu.

Ia mengakibatkan tompokan toksik dan mendorong kepada berbagai masalah kesihatan. Oleh itu, amat penting untuk kita melakukan detoks dengan kerap. Sekiranya anda mengikuti pelan detoks yang terancang, selamat dan elok boleh memberikan anda berbagai kesan positif dan antara yang terpenting seperti:

1. PENGURANGAN BERAT BADAN
Toksin memberi kesan buruk kepada keupayaan tubuh secara semula jadi untuk membakar lemak yang mengakibatkan kepada penambahan berat badan. Yang bertanggungjawab dalam menjaga kilang lemak anda adalah gen pemberi signal, dan apabila toksik telah melekat kepadanya, ia akan membuatkannya kurang berfungsi lantas mengakibatkan lebih banyak lemak terkumpul. Lambat laun, sel lemak baharu ini akan dipenuhi oleh lemak dan toksin yang berlebihan menyebabkannya tidak dapat berfungsi dengan baik malah ia langsung tidak dapat membantu dalam menghasilkan tenaga dan hormon yang elok sebagaimana sel lemak yang baik sepatutnya berfungsi.

2. MELEGAKAN RASA KEMBUNG DAN SEMBELIT (KOLON YANG LEBIH SIHAT)
Anda rasai seperti telah duduk di tandas selama seharian? Rasa seperti ingin membuka butang seluar anda kerana perut anda sakit? Usus (termasuk kolon) membawa sisa dari tubuh badan anda, namun sebahagian dari sisa ini seperti makanan yang diproses, kurang serat dan telah diperhalusi, serta lemak yang tidak sihat ini boleh terkumpul secara perlahanlahan dan membuatkannya tersumbat di dalam sistem anda. Pengumpulan toksin ini biasanya mengakibatkan seperti berat susah diturunkan dan anda akan berasa kembung dan yang lebih teruk lagi ia akan mengakibatkan anda mudah mendapat penyakit seperti penyakit kolon juga kanser kolorektum. Kolon adalah merupakan sistem kumbahan pada badan anda dan ia perlu dibersih serta dikosongkan bagi memastikannya berfungsi seperti biasa. Melalui detoks, anda boleh membersihkan kolon dan bukan sahaja melegakan masalah sembelit, ia juga mendorong kepada sistem pencernaan yang lebih sihat serta membuang sisa dan bahan kimia dari tubuh anda.

3. MEMBERI TENAGA
Tubuh anda mempunyai organ yang melakukan detoks dengan sendiri bagi membuang toksin, namun ia memerlukan tenaga yang banyak untuk berfungsi! Jumlah tenaga yang digunakan bergantung kepada jumlah toksin yang diproses olehnya. Kurang tenaga akan mengakibatkan anda cepat berasa letih dan ini merupakan tanda bahawa tubuh anda dipenuhi oleh toksin. Melalui detoks ua membantu dalam menyokong organ ini untuk mengeluarkan toksin, memberikan tubuh anda lebih tenaga dan stamina untuk anda melakukan pelbagai perkara yang lebih menyeronokkan!

4. MENGURANGKAN NAFSU MAKAN
Membersihkan tubuh anda dari toksin yang tidak sihat serta menggantikannya dengan makanan bernutrisi tinggi akan memberi signal kepada minda untuk menginginkan makan yang sihat dan bernutrisi. Ucapkan “selamat tinggal” kepada kafein, gula dan lemak! (Atau sekurang-kurangnya ucapkan “hello” kepada keinginan tinggi kepada pilihan makanan yang lebih sihat!).

5. KULIT LEBIH CANTIK
Kulit merupakan organ luaran anda yang terbesar dan ia melambangkan keihatan dalaman anda. Kulit anda membantu dalam membuang toksin dan kotoran dengan cara berpeluh, dan apabila sistem serta kelenjar peluh anda dipenuhi dengan toksin, ia akan mendorong kepada pelbagai kondisi kulit yang tidak sihat termaksuklah jerawat. Sekiranya toksin terkumpul lebih cepat dari dibuang, lebih tinggi juga jumlah toksin yang terkumpul dalam darah anda. Detoks dapat membuang toksin dari dalam badan anda dan apabila ia tidak lagi terkumpul, anda akan dapat lihat perubahan ketara pada kulit anda. Cuba bayangkan: Kulit yang bersih, dan bersinar. Siapa sahaja yang tidak menginginkannya?

6. MENGUATKAN SISTEM IMUNISASI
Radikal yang percuma! TIDAK! Ya, kotoran radikal yang percuma itu sering sahaja mencuba untuk mendekati kita serta merosakkan sel, dan mendedahkan kita kepada toksin yang membuatkannya dapat membiak secara bebas. Radikal yang jelik ini berusaha keras untuk membinasakan sistem imunisasi anda dan mengakibatkan keradangan. Detoks dapat membantu anda untuk menghindari toksin maka ia tidak membantu dalam membiakkan radikal yang boleh didapati secara percuma ini, malah badan anda akan lebih fokus dalam memperkukuhkan lagi sistem pertahanan semula jadinya!

7. TIDUR LEBIH LENA
Toksin, terutamanya besi berat, menggganggu keseimbangan sel normal dan menghasilkan radikan secara percuma. Radikan percuma, juga mengakibatkan hormone tidur anda meningkat dan mengganggu corak tidur anda dan kadangkala mendorong kepada masalah insomnia. Sokong aktiviti membuang besi berat dari sistem anda ini dengan mendetoks dapat membantu badan anda untuk set semula corak tidur anda lihat sahaja bagaimana anda dapat menikmati tidur yang lena dan rehat yang lebih berkualiti.

IMG_0203[1]

Dan ini pula aktiviti saya hari ini, biarpun tengah detox, saya masih bertenaga untuk membuat cardio training selama 1 jam sekitar jam6-7 tadi. Untuk menu esok, makanan pelbagai warna, tidak sabar!

Lanjutkan pesanan produk Shaklee atau keahlian ke whatsapp saya 016-8128716.

Advertisements

About Girllyen

I started blogging since the year 2005. For fun and a place where I could express or let go my act of anger in different form of violence. Well, I'm not good at bad thing though. I found that life has it own purpose, so I go serious on photography by managing a few events, create a great team and enjoying our artsy stuff. Come to Social Media era where smartphones control over the civilization, blogging seems to be one of the ancient days of the internet days. Thanks to Google, we still enjoy doing it and here I am talking about Life, Art and Healthy Living. Not to forget about the joy of travelling and how to earn a living by spreading the goodness of being healthy. Hope you have a very fruitful blog walk here and thank you so much for keep inspiring and supporting my blog. Hugs & Love, Girllyen Marcie

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s