Crew Change Day!

Today is our crew change day! Hari yang paling excited bagi setiap orang yang kerja offshore, walaupun hanya 2 minggu di laut, dan akan berehat 2 minggu di darat, inilah hari yang ditunggu tunggu setiap kali berada di laut. Walaupun ada yang baru 3 hari di laut pun boleh teruja bila fikir keluar dari penjara laut. 

Tidaklah seteruk yang disangkakan tapi imaginelah kalau 2 minggu atau lebih,berapa wayang premier sudah yang kami terlepas?Atau bazaar ramadhan yang jual cendol tu?Lagi lagi kalau terlepas hari perkahwinan kawan dari umur 2 tahun. Kenalah bersabar dan sentiasa berfikiran positif.

Setiap kali hari crew change, atau pertukaran krew, tugas saya adalah memastikan logistik orang yang keluar masuk, dan informasi helicopter atau bot adalah tepat dan mengikut jadual yang telah disediakan. Bergantung dengan jadual, ada yang awal jam9 sudah sampai darat, ada yang sebelah tengahari. Biasanya kami menggunakan helikopter balik ke darat, masanya kurang lebih 50minit dari platform sampai ke darat. Kalau pakai bot, 6-8 jam bergantung dengan ketenangan laut.

Memandangkan tempat saya bertugas adalah lautan Sarawak,majoriti pekerja adalah dari Sarawak. Setiap kali balik ke darat, Miri adalah pusat kami keluar masuk ke laut. Oleh kerana ‘home base’ saya adalah Labuan, saya kena terbang lagi menggunakan MasWings dari Miri ke Labuan. Lepas itu bergantung dengan keadaan, saya ambil ferry atau connecting flight untuk pulang ke Kota Kinabalu pula. Memang 1 hari travel. Setiap 2 minggu macam tu. Itulah badan saya perlukan nutrisi yang secukupnya untuk saya ‘KEEP GOING’.

Syukurlah hari ini,selamat sampai ke pangkuan suami dan anak. Belum sempat check pregnant atau tidak, datang bulan la pula hari ini. 😂 Nampaknya tanda tanda hamil hari tu adalah tanda tanda mau period pula. Nampaknya kena turun laut lagi selepas ni. Baru berangan cuti 2 tahun dari offshore. Selamat malam. Jangan lupa order Shaklee dari saya ok?

About Girllyen

Follow your passion, not your paycheck. Enjoy fairy tales, but make history by living in the reality. This is about my story on how I keep surviving in the real world. Cheers to another thousand years! Please be reminded that my blog content is written in English & Malay in casual way.

4 Responses

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s