7 Tips Untuk Kurangkan Nafsu Belanja

Salah satu sebab kenapa saya jadi member Shaklee adalah untuk mencapai target “Bebas Hutang” Inilah matlamat saya sebagai seorang ibu, seorang isteri dan untuk diri sendiri. Supaya saya mempunyai kebebasan untuk berbelanja tanpa memikirkan hutang yang saya kena bayar sebelum tiada kerja yang hakiki atau pun untuk memutuskan membeli satu barang dengan berat hati. Ramai yang terjerat dengan beban hutang sebab pada waktu usia muda, tiada tiada simpanan. Peranan ibu bapa adalah untuk memastikan simpan untuk anak anak terjamin untuk masa depan mereka sebelum bergelar seorang dewasa. Sama seperti bagaimana ibu bapa saya membesarkan saya. Walau bagaimanapun, tiada simpan yang cukup pernah mereka ada dan sebab itulah saya faham situasi apabila kita tidak memupuk tabiat menyimpan dari kecil. Hari ini saya mau kongsikan bagaimana untuk mengawal nafsu belanja.

Tips #1: Patutkah kahwin 4?

Ini kata kunci sahaja, perempuan kan sensitif kalau lelaki mau kahwin sampai 4. Jadi kita guna pakai sensitivity tu. Tanya 4 soalan ini pada diri sendiri sebelum membuat keputusan untuk beli.

  1. Ada saya betul betul memerlukan?
  2. Sekiranya benda itu tidak dibeli, adakah cara lain untuk mencapai tujuan yang sama?
  3. Di mana saya akan letak benda ini?
  4. Di mana saya boleh beli dengan harga jauh lebih murah?

Disebabkan soalan inilah, saya semakin kurang berbelanja. Jika tidak, we all end up buying something that we are not going to use it!

Tips #2: Bila stress, lawatlah tempat tempat beribadah atau tapak orang jogging.

Bila kita stress, masuk shopping mall atau jalan-jalan dekat kedai mesti emosi kita terganggu dan tidak berfikir secara waras lalu berbelanja ikut perasaan kita yang tengah tertekan. Akhirnya, duit habis tambah tertekan. Kalau stress tu, lagi bagus kita tarik nafas dalam dalam dan kira sampai 10 saat dan lepas perlahan-lahan, berdoa dan jika perlu keluar dari office, pergilah lawat tempat beribadahkah, tempat orang jogging waktu petang ka, ikut jogging sekali. Senaman bagus untuk release tension.

Tips #3: Bawa duit syiling, wang kertas simpan dalam bank sahaja.

Tips ini memang mujarab, sebab kamu akan rasa segan untuk berbelanja dan akhirnya syiling syiling itu digunakan untuk membeli air mineral saja.

Tips #4: Sentiasa bijak, jangan terpedaya dengan tag harga yang gila gila

Kalau pergi Giant, selalu tag harga promosi berwarna kuning dengan frame merah tu menarik minat kita membeli. Nampak macam murah, sekali check Lazada, ada dua kali lima saja pun harga tu, beli 5 pun baru untung RM5, itupun makanan yang mau dekat expired. So, jadilah pengguna bijak. Pergi pasar biasa saja, support orang kampung dengan membeli sayur mereka. Makan sihat, pilihan yang bijak.

Tips #5: Jangan buka shopping online, Block Ebay, Block Lazada, AliBaba pun block

Shopping online ni memang berhantu, saya pun terjebak juga. Ada jugalah kebaikan dia kalau betul betul pandai mengatur perbelanjaan. Kalau yang hutang pun mau 30 tahun baru habis bayar tu, bagus block saja shopping online website tu. Menyusahkan diri dan keluarga.

Tips #6: Hapuskan Penggunaan Kad Kredit

Kalau shopping online hantu, kad kredit ni boleh dikira syaitan sudah. Tanpa disedari sebulan sudah hampir limit kad kredit dipakai. Yang menghairankan, cuma digunakan untuk isi minyak dan makan saja. Itulah namanya Kad Yang Tidak Mengenal Mangsa. Mana saja dia boleh lalu selagi ada machine credit card tu. Cara yang terbaik, bawa syiling.

Tips #7: Cermin diri sendiri

Sudah tau pendapatan baru berapa, janganlah berbelanja macam jutawan. Cermin diri tu sikit, hutang ada banyak lagi. Mau beli benda benda yang tidak tentu pakai. Buat susah diri sendiri saja. Kecualilah pandai business macam jana pendapatan dari Shaklee ni, jana kesihatan, jana pendapatan. Apa yang kamu dapat? Semuanya hebat. Hanya dari Shaklee.

Sudah sedar diri tu? Sekarang startlah kira duit semua sudah habis dekat mana. Kalau ada barang yang tidak terpakai tu, jual dalam Mudah.My atau Carousell. Mudah saja. Paling senang Facebook atau Instagram. Kalau tiada orang mau beli, derma sajalah. Atau recycle. Banyak lagi boleh buat.

Saya akan share banyak tips jaga kewangan lagi selepas ini. So, jangan lupa follow blog saya ah? Jumpa lagi.

Healthier Life, Happier Life

Girllyen Marcie (#Focus369)
Your Trusted SID
Pengedar Shaklee
Seluruh Malaysia
Tel: 0168128716
Email: detoxbah@gmail.com
FB: www.facebook.com/detoxbah
Instagram: www.instagram.com/detoxbah

Advertisements

About Girllyen

I started blogging since the year 2005. For fun and a place where I could express or let go my act of anger in different form of violence. Well, I'm not good at bad thing though. I found that life has it own purpose, so I go serious on photography by managing a few events, create a great team and enjoying our artsy stuff. Come to Social Media era where smartphones control over the civilization, blogging seems to be one of the ancient days of the internet days. Thanks to Google, we still enjoy doing it and here I am talking about Life, Art and Healthy Living. Not to forget about the joy of travelling and how to earn a living by spreading the goodness of being healthy. Hope you have a very fruitful blog walk here and thank you so much for keep inspiring and supporting my blog. Hugs & Love, Girllyen Marcie

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s