Bagi yang sudah cukup mengenali saya, mereka mungkin tertanya-tanya. Bukanlah Girllyen blogger fotografi yang sangat aktif pada ketika dahulu? Kenapa pula dia bertukar bidang? Atau membuka blog yang baru sedangkan blog yang lama pun belum sudah lama tidak dikemas kini. Jangan salah faham, bukan sebab tidak mahu kemas kini, tapi disebabkan kesibukan sebagai seorang isteri dan juga menjaga anak, fokus saya adalah untuk menjadi seorang ibu yang sihat dan isteri yang sentiasa cergas walaupun bekerja 2 minggu di laut, bertenaga seperti seorang remaja. Saya akan cerita lebih lanjut pada masa lain. Jom kita cerita alkisah DetoxBah.com dahulu.
DetoxBah.com adalah dua perkataan yang digabungkan daripada perkataan Detox dan Bah.
- Detox atau detoksifikasi adalah merupakan suatu proses pembersihan dari segala macam kotoran dan racun-racun yang secara tidak sengaja atau tanpa kita sedar telah masuk di dalam badan kita dalam jangka masa yang lama.
- Bah bermaksud banjir tapi bagi orang Sabah, Bah merupakan penyudah kata untuk menguatkan ekspresi ayat seperti Sihat Bah, Cantik Bah, Cergas Bah saya. Dengan kata lain, Bah juga boleh jadi permulaan atau pengakhir kata seperti Bah, saya cuba dulu detox; wah, cantik sudah dia lepas detox Bah.
DetoxBah juga adalah tempat dimana saya akan kongsikan tips tips menarik seperti bagaimana mulanya detox, dan jenis detox detox yang lain serta post yang lain berkaitan dengan kesihatan dan juga kehidupan kita sehari hari.
Thank you for all your support dan jangan lupa Like facebook DetoxBah dan tinggalkan review sekiranya ada ya? God bless.
Healthier Life, Happier Life
Girllyen Marcie (#Focus369)
Your Trusted SID
Pengedar Shaklee
Seluruh Malaysia
Tel: 0168128716
Email: detoxbah@gmail.com
FB: www.facebook.com/detoxbah
Instagram: www.instagram.com/detoxbah